Mengenai RadioKlasik


  • Sejarah

    Radio KLASIK merupakan kesinambungan kepada siaran Radio Irama Melayu Asli (RIMA) yang dilancarkan penubuhannya pada 1 April 1998 dan bersiaran di sekitar Lembah Klang sahaja.

    Pada 1 April 2005, penjenamaan semula stesen ini telah dilakukan dan RIMA dikenali sebagai KLASIKfm.

    Atas sambutan dan penerimaan luar biasa daripada pendengar yang inginkan KLASIKfm bersiaran ke seluruh negara maka pada 12 Ogos 2006, dua buah stesen radio iaitu NASIONALfm dan KLASIKfm digabungkan dan dinamakan kepada KLASIK NASIONAL.

    Bagaimanapun stesen KLASIK NASIONAL sekali lagi melakukan transformasi kepada siaran yang lebih niche dengan kembali kepada konsep asal penubuhan RIMA pada 31 Ogos 2012 dan stesen ini dikenali dengan jenama Radio KLASIK.

  • Carta Organisasi

    Sedang dikemaskini

  • Visi, Misi dan Objektif

    VISI STESEN

    • Menjadi sebuah stesen radio popular dan pilihan ramai.

    MISI STESEN

    • Menjadikan sebagai stesen radio pilihan utama.
    • Menyiarkan hiburan yang berkonsepkan lagu-lagu baharu dan lama berirama Melayu pelbagai rentak, etnik, malar segar, antarabangsa serta maklumat adat resam budaya Melayu dan info semasa yang berterusan.
    • Menarik minat generasi muda menerusi rancangan yang mampu membina jati diri dan nilai-nilai murni.

    OBJEKTIF STESEN

    • Memberikan perkhidmatan penyiaran radio menerusi hiburan berinformasi.
    • Menyiarkan rancangan-rancangan yang bermutu tinggi dan maklumat sahih secara tepat dan terkini kepada rakyat atau pendengar selaras dengan aspirasi negara.
    • Menerapkan nilai-nilai cintakan irama Melayu dengan mengekalkan keunggulan irama Melayu yang merupakan nadi jantung bangsa Melayu.
    • Menggunakan bahasa penghantar iaitu bahasa Johor-Riau dengan penyampaian berkualiti.
    • Mengeratkan hubungan muhibbah masyarakat Melayu Nusantara melalui program kerjasama antara negara serumpun.